Kopi Cap Gantang – Serbuk Kopi Warisan Kita
Kopigantangonline.com adalah laman web rasmi yang menjual dan membekal produk Kopi Cap Gantang original dari Baling, Kedah. Kami tidak menggunakan orang tengah atau pemborong lain, sebaliknya secara terus dari kilang. Serbuk Kopi Cap Gantang terdiri daripada:

- Serbuk Kopi Cap Gantang 60 gram halus sahaja
- Serbuk Kopi Cap Gantang 100 gram halus sahaja
- Serbuk Kopi Cap Gantang 230 gram halus dan kasar
- Serbuk Kopi Cap Gantang 500 gram halus dan kasar
- Kopi Gantang Uncang 2 in 1 siap gula
Selain jualan di website, kami juga berada di Shopee, jika anda mahu buat pembelian di Shopee bolehlah klik di shopee.com.my/kopigantangonline.
Kenapa anda mesti cuba serbuk Kopi Gantang?
Kopi Cap Gantang bukan sekadar kopi biasa kerana ianya adalah identiti tempatan khususnya warga utara. Namun begitu, Kopi Cap Gantang telah menjadi identiti Malaysia kerana aromanya dan rasanya yang memikat disetiap hirupan.
Kebaikan Kopi Cap Gantang:
✔ Rasa pekat dan aroma wangi asli
✔ Tanpa campuran merosakkan kualiti kopi
✔ Panggang segar untuk rasa lebih kaww
✔ Sesuai untuk kopi kampung, kopi tarik atau minum kosong
✔ Pilihan penggemar kopi tradisional sebenar
Produk Lain Selain Serbuk Kopi Gantang
Terdapat produk-produk lain selain daripada Serbuk Kopi Cap Gantang iaitu:
Biji Kopi Roasted – Biji Kopi Panggang Tanpa Campuran

Biji kopi roasted premium dipanggang tanpa campuran bahan lain memberi rasa dan aroma asli biji kopi kami. Biji kopi roasted kami dipanggang teliti untuk memastikan kualiti dan tahap roasting yang sesuai.
Biji kopi roasted premium ini dipilih daripada biji kopi berkualiti tinggi dan dipanggang segar bagi mengekalkan aroma asli serta rasa yang lebih pekat dan seimbang. Tanpa campuran bahan lain, setiap bancuhan menghasilkan kopi yang harum, penuh karakter dan memuaskan. Sesuai untuk penggemar kopi americano, espresso atau manual brew yang mahukan pengalaman kopi asli, segar dan berkualiti setiap hari.
Doorgift Murah – Doorgift Kahwin Murah dan Pelbagai Pilihan Design Menarik

Majlis perkahwinan anda tidak akan lengkap tanda doorgift untuk para tetamu dan sanak saudara. Doorgift Kopi Cap Gantang adalah Pilihan terbaik untuk anda menjadikan memori anda terpahat dalam memori setiap tetamu yang hadir kerana ianya sangat sinonim dengan rasa kopi yang istimewa dan aroma yang padu.
Perkhidmatan doorgift yang kami sediakan adalah lebih berkualiti, cantik dan mampu milik bagi semua golongan. Anda boleh membuat tempahan terus melalui lamn web ini atau melalui kedai shopee kami di pautan berikut